Jom Singgah Sini =)

Monday 9 June 2014

[Menarik] 8 Orang Wanita Cantik Islam Yang Paling Kaya Di Dunia =D

Kebanyakan orang pasti berkata jika seorang wanita dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya sekaligus memiliki paras rupa yang cantik merupakan satu keuntungan..Sekiranya demikian, maka 8 orang wanita yang beragama Islam ini sangat beruntung kerana majoriti daripada mereka adalah seorang Puteri atau Ratu di negara masing-masing..Kecantikan Muslimah yang mereka miliki bahkan membuat mereka setanding dengan pelakon Bollywood serta Hollywood..Status sebagai keluarga kerajaan membuat mereka tampak sempurna..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

1. Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah
Yang Mulia Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bulqiah adalah puteri kedua sekaligus merupakan anak perempuan keempat Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 16 March 1976 (37 tahun). Perempuan cantik ini telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang pengarah sekaligus merupakan pembantu eksekutif di pejabat Perdana Menteri. Majeedah dan Khalil dengan rasminya menikah pada Jun 2007. Ayah Majeedah, Bolkiah adalah orang terkaya di dunia pada tahun 1997 dan terkenal dengan kegemaran iaitu logam emas yang berharga.

2. Lalla Salma
Yang Mulia Putri Lalla Salma adalah isetri kepada Raja Mohammed VI. Salma lahir pada 10 Mei 1978 (35 tahun) dan ayahnya merupakan seorang guru sekolah. Masyarakat mengenali Salma kali pertama apabila beliau ditabalkan sebagai Permaisuri Morocco sekaligus menjadi ibu kepada dua anak. Meskipun demikian, Salma tetap kelihatan ramah sekalipun telah menjadi Wanita Pertama Morocco. Suami Salma, Raja Morocco memiliki anggaran kewangan operasi harian mencapai USD 960,000 menurut Forbes. Dilaporkan kekayaannya mencapai USD 2. 5 bilion.

3. Hajah Hafizah Sururul Bolkiah
Si cantik Hajah Hafizah adalah puteri kepada Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah yang lahir pada 12 March 1980 (33 tahun). Seperti yang disebutkan, semenjak keci,l Hafizah sudah hidup mewah kerana ayahnya pernah tercatat sebagai manusia terkaya di dunia pada tahun 1997 versi Forbes. Bolkiah disebutkan memiliki kereta mewah Rolls-Royce yang dilapisi dengan emas 24 karat selain koleksi keretanya yang mencapai sebanyak 7000 buah. Dia juga memiliki istana tempat tinggal terbesar di dunia, dengan 1700 buah bilik. Semasa pernikahan Hafizah dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini, Bolkiah membelanjakan wang sebanyak USD 20 juta.

4. Sheikha Hanadi bint Nasser Al Thani
Seorang pegawai bank, pelabur dan pengusaha hartanah adalah pekerjaan Sheikha Hanadi yang kini menjadi salah seorang pengusaha wanita paling cemerlang dalam ekonomi Qatar. Dia juga menjadi penasihat khusus kepada bank Standard Chartered. Selain itu, Hanadi merupakan seorang CEO kepada projek pembangunan Al Waab City Real Estate. Hanadi kini juga berdaftar sebagai wakil CEO kepada kumpulan Nasser bin Khaled Al Thani & Sons. Dianggarkan kekayaan keluarga Thani mencapai lebih dari USD 15 bilion

5. Sheikha Maitha bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum
Sheikha berasal dari Dubai dan beliau memiliki paras rupa yang sangat mempesonakan kerana di sebalik parasnya yang cantik, dia merupakan atlet karate dan taekwondo. Lahir pada 5 March 1980 (33 tahun), Maitha adalah puteri kepada Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri sekaligus merupakan wakil Presiden bagi Emirate Arab Bersatu dan monarki berpelembagaan di Dubai.

Mohammed adalah pemegang saham terbesar di kebanyakkan perusahaan semenjak tahun 2006. Kekayaan keluarga Mohammed dianggarkan lebih dari USD 40 bilion. Dilihat sebagai tak ingin hidup dalam kemewahan dan kekayaan ayahnya, Maitha membuktikan dia juga boleh berdikari sendiri dengan meraih pingat perak di Asian Games 2006.

6. Ameerah Al Taweel
Puteri Arab Saudi sekaligus seorang dermawan cantik bernama Ameera Al Taweel ini lahir pada 6 November 1983 (30 tahun). Dia merupakan isteri kepada Putera Al Waleed bin Talal, anggota keluarga diraja Arab Saudi. Al Waleed yang kini berusia 58 tahun adalah seorang ahli perniagaan dan berada di kedudukan ke-26 dalam senarai lelaki terkaya di dunia versi majalah Forbes dengan anggaran kekayaan bersihnya lebih dari USD 20-25 bilion. Dia kini merupakan salah satu lelaki yang paling berpengaruh di Arab Saudi. Putera raja ini adalah pengasas sekaligus pemilik Syarikat Kingdom Holding.


7. Sultanah Nur Zahirah
Permaisuri Negeri Terengganu, Nur Zahirah adalah isteri kepada Raja Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin. Beliau lahir pada 7 Desember 1973 (40 tahun) dan merupakan Permaisuri Agong ke-13 di Malaysia (2006-2011). Meskipun keluarga Di Raja ini tak pernah mendedahkan jumlah kekayaan mereka, mengikut pelbagai sumber, ada disebutkan bahawa anggaran kekayaan pemerintah Terengganu ini lebih dari USD 15 bilion.

8. Fathima Kulsum Zohar Godabari 
Dengan berkahwin kepada seorang Putera, kini Fathima Kulsum secara rasmi telah menjadi Ratu bagi kerajaan Arab Saudi. Menjadi salah seorang anggota keluarga kerajaan terkaya di dunia, Fathima adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Paras rupa yang cantik mempesona Fathima sebelumnya tak pernah diketahui ramai dan keindahan wajahnya selalu dianggap misteri serta tersembunyi. Namun kini wajah-wajah cantik Fathima banyak berada di internet. Sebagai negara OPEC terkaya, Arab Saudi menguasai 39% cadangan minyak OPEC.

Sumber: daily.bhaskar.com

p/s: Semua cantik-cantik..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...